Anda Sayang Rasulullah?
/
0 Comments
Soalan dari pejuang Al-Qasam kepada perokok-perokok dan pendosa-pendosa Muslim.
Kisah seorang petugas sukarelawan Malaysia di Gaza .
Sehinggalah menjejak kaki di bumi Gaza, apabila ditegur oleh seorang anggota Al-Qassam semasa pergi ke kem di Jabaliya.
Soalan pertama dia tanya,
"Anta hisap rokok tak? "
Saya jawab,
"Hisap tapi di Malaysia. Di gaza tak hisap lagi."
Kemudian dia senyap selama 3 - 4 minit.
Saya tunggu soalan yang seterusnya. Kenapa susah payah dia nak tanya soalan yang kedua. Mungkin dia takut saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya.
Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam, baru dia bertanya semula.
"Anta sayang tak Rasulullah?"
Saya dengan pantas menjawab,
"Mana mungkin tidak sayang, mestilah sayang!"
Dia kemudian memberi penerangan,
"Kalau sayangkan Rasulullah, kita tidak akan buat apa yg Rasulullah tidak suka buat. Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain. Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap. Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk."
Katanya lagi;
"Agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka, Rasulullah sayang tak dengan kita?"
Saya terkelu lidah tidak terkata.
Airmata mengalir.
Berasa sebak dan pilu dalam hati.
Selepas hari tu sehingga kini, saya dah tidak menyentuh rokok. Sehinggakan orang nak suruh hulur kotak rokok pun saya tak mahu.
Sekadar pengajaran
Sumber : Fb Imam Muda Hilal
Saya rasa tidak susah untuk anda berhenti merokok jika anda memang nekad untuk berhenti.
Jika anda betul-betul fikirkan orang yang tersayang anda pasti boleh lakukan.
Tiada guna jika anda nyatakan anda sayang kepada keluarga dan anak-anak tapi bila bersama mereka anda masih lagi menghisap rokok.
Sebenarnya anda sangat bongkak dan sombong.
Anda tahu tak yang anda sedang membunuh orang tersayang melalui asap rokok tersebut.
Fikir-fikir kan lah.
Jangan susahkan perkara yang mudah.
WhatsApp 019 579 0365 untuk cara mudah berhenti merokok.