Mudahnya Menjemput Rezeki

/
0 Comments


Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. 
Barulah rezeki kita luar biasa.

Kita penat untuk mencari rezek, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.

Formula Mudahnya Menjemput Rezeki:

  1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya.Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT
  2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.
  3. AL-QURAN. Bangun tidur setiap pagi; mandi, amik wudhu dan bacalah al-Quran. Jangan bangun buka handphone ya. Bacalah al-Quran dan terjemahan even 1 ayat. Sebabnya bila kita buat ni Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".
  4. ZIKIR. Berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.
  5. SOLAT JEMAAH. Terutama lelaki, solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih.
  6. SILATURRAHIM. Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.
  7. SEDEKAH. Amalan yang punya power sangat luar biasa. Nak sakit sembuh,nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi Allah gandakan 10 dan boleh digandakan lagi 700 kaliContoh: Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000, 10% daripada RM5000 yang kita inginkan jadi RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini. Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah. Testimoni tentang sedekah seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000 yang mana pendapatannya setiap bulan RM600,000Testimoni lagi, seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation dia pergi bayar 'INSURANS', bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita, iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia, iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH
  8. SOLAT AWAL WAKTU. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya. Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu, batu yang ke 39 azan berkemandang .. agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak?? Sambunglah batu terakhir selepas solat.
  9. Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.
  10. TAWAKKAL & UASAHA. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi tawakal dulu baru usaha. Minta bulat-bulat pada Allah, baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari:

  •  Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
  •  Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
  •  Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
  •  Surah Al-Mulk - Sebelum tidur


BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.
BERPEGANG TEGUH PADA AL-QURAN & AS-SUNNAH

kredit Tuan Hisham


You may also like

No comments: