Enterprise VS Sdn Bhd

/
0 Comments

Izinkan saya share sesuatu yang di luar kebiasaan kali ini. Moga bermanfaat buat semua, espescially untuk para usahawan semua.  


  1. Empat jenis kenderaan bisnes ialah Enterprise , PLT , Sdn. Bhd. & Berhad. 
  2. Ketakutan yang dihadapi pemilik bisnes untuk buka syarikat Sdn. Bhd. ialah susah nak keluar duit , terlalu leceh , takut income tax , kena audit , kos yang tinggi , perlu ada kedai/ofis.
  3. Keburukan perniagaan Enterprise ialah bank tidak pandang , tidak boleh diwarisi , bisnes akan terkubur bila pemilik mati , tak boleh jadi kaya raya.
  4. Kelebihan syarikat Sdn. Bhd. ialah mudah untuk buat loan , bank pandang anda secara serius , tax rendah , mudah untuk kembangkan bisnes, mudah untuk beli aset.
  5. Bila waktu paling sesuai untuk daftar syarikat Sdn. Bhd? - Bila anda rasa anda sudah tidak main-main dengan bisnes anda.
  6. Tips ambil partner dalam Sdn. Bhd. - Jangan sesekali hanya ada 2 orang share holder. Minimum partner 3 orang untuk anda miliki kuasa majoriti
  7. Tugas Share Holder (owner) ialah bawa masuk modal untuk jalankan dan kembangkan bisnes.
  8. Pendaftaran perniagaan Enterprise dan PLT tidak perlu melalui Cosec. Pendaftaran syarikat Sdn. Bhd perlu melalui Cosec.
  9. Tips untuk dapatkan cosec yang bagus ialah tanya rakan anda yang sudah ada syarikat Sdn. Bhd. dan tanya dari rakan anda tentang cosec mereka. Samada bagus atau tidak.
Anda belajar sesuatu? Moga bermanfaat ya. 
Anda Kaya dan Berjaya!!





You may also like

No comments: